Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah, SMKSETA Online

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
SMK SETA Online

Hari Konsultasi Akademik 1/2012

E-mail Print PDF

Hari Konsultasi Akademik 1/2012 (Hari Terbuka) berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 akan diadakan pada hari Rabu, 11 Januari 2012 di SMK SETA seperti berikut:

Tingkatan 2 & 3 - jam 1.00 - 4.00 ptg di Makmal Sains 4, 5 dan 6 di  Blok F

Tingkatan 5      - jam 1.30 - 4.00 ptg di Makmal Sains 1, 2 dan 3 di Blok B

Ibubapa dijemput hadir bagi membincangkan perkembangan akademik anak-anak di SETA.  Para ibubapa beserta pelajar diminta berjumpa Guru Tingkatan terlebih dahulu untuk mendapatkan Slip Peperiksaan dan Buku Kokurikulum, seterusnya bolehlah berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran bagi subjek yang memperolehi markah Gagal.

Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 dikehendaki berada di dewan bagi mendengar Ceramah Motivasi bermula 2.00 - 3.30 ptg.

Last Updated on Tuesday, 10 January 2012 20:13
 

Pelantikan Pengawas Perpustakaan

E-mail Print PDF

Majlis Pelantikan Pengawas Perpustakaan SMK SETA telah diadakan pada Isnin, 9 Januari 2012.  Seramai 35 orang pengawas perpustakaan telah dilantik yang diketuai oleh saudari Jasmine Yong.  Semoga semua pengawas  perpustakaan yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited dalam mempertingkatkan perpustakaan dan pusat sumber sekolah.

Last Updated on Monday, 09 January 2012 21:07
 

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1/2012

E-mail Print PDF
Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2012 akan dibuka pada hari Isnin, 2 Januari 2012. Ibubapa hendaklah datang ke sekolah bersama anak yang ingin didaftarkan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ibubapa diingatkan agar dapat membawa bersama surat panggilan ke SMK SETA beserta kad pengenalan atau sijil lahir pelajar, slip keputusan UPSR dan borang maklumat yang telah dilengkapkan.
Last Updated on Friday, 23 December 2011 12:11
 

Orientasi Pelajar Tingkatan 1/2012

E-mail Print PDF

Semua pelajar yang telah melapor diri di SMK SETA dikehendaki hadir ke Majlis Orientasi pada hari Selasa, 3 Januari 2012 bermula jam 7.20 pagi di Dewan Puteri Maimunah, SMK SETA. Pelajar-pelajar akan diberi taklimat berkaitan sekolah, disiplin, peraturan sekolah, kokurikulum, rumah sukan dan penjurusan kelas tingkatan 1.

Last Updated on Friday, 23 December 2011 12:21
 

Keputusan PMR 2011

E-mail Print PDF

Keputusan Peperiksaan PMR bagi SMK SETA adalah seperti berikut:

Peratus Lulus : 90.79 %

Gred Purata   : 2.20

Bil Pelajar Cemerlang (Straight A's) : 10 orang

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun 2011 yang telah mendapat keputusan cemerlang.

Last Updated on Friday, 23 December 2011 12:29
 

Pertandingan Kantin Peringkat Kebangsaan 2011

E-mail Print PDF

Syabas diucapkan kepada warga SETA kerana telah berjaya dipilih dan diberi mandat untuk mewakili Negeri Johor dalam Pertandingan Kantin Peringkat Kebangsaan (kategori kantin sekolah harian) anjuran Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Makanan.  Semoga SMK SETA akan terus melakar kejayaan di persada negara.

Sila klik Read More untuk melihat Program-program Kantin SETA.

Last Updated on Sunday, 13 November 2011 20:22 Read more...
 

SETA Satu Sesi Tahun 2012

E-mail Print PDF

SMK SETA akan beroperasi satu sesi bermula 1 Januari 2012.  Kesemua pelajar dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 akan memulakan persekolahan pada sesi pagi pada tahun 2012.  Waktu persekolahan SMK SETA tahun 2012 ialah seperti berikut:

Hari Waktu Persekolahan
Isnin
Selasa
Khamis
7.30 am - 2.30 pm
Rabu 7.30 am - 4.30 pm
Jumaat 7.30 am - 12.10 pm
Last Updated on Sunday, 13 November 2011 19:54
 

Selamat Menduduki SPM 2011

E-mail Print PDF

Kami warga pendidik SMK SETA ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 14 November 2011.  Kami sentiasa mendoakan anak didik kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang ditempuh.

Last Updated on Sunday, 13 November 2011 19:57
 

Salam Perpisahan Untuk Pn Woo Sow Pheng dan Guru SMK SETA

E-mail Print PDF

Warga SMK SETA telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi iaitu Pn Woo Sow Pheng selaku HEM kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Dato' Usman Awang berkuatkuasa 1 November 2011.  Pn Woo telah banyak membantu menaikkan SETA hingga ke peringkat kebangsaan dalam pelbagai pertandingan iaitu Sekolah Lestari, pertandingan 3K, Pertandingan Tandas terbersih dan yang terbaru Pertandingan Kantin peringkat kebangsaan.  Selama hampir 20 tahun di SETA, Pn Woo telah banyak menabur jasa dan kepakaran menyebabkan perpindahan beliau amat dirasai oleh seluruh warga SETA.  Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk Pn Woo di sekolah yang bakal diterajui beliau.

SMK SETA juga bakal kehilangan 3 orang guru yang akan berpindah mengikut suami masing-masing iaitu Pn. Masroha Abu, Pn. Solihah Salih dan Pn Zaharatul Akma.  Terima kasih atas segala jasa yang telah disumbangkan dan selamat bertugas di sekolah yang baru tahun 2012.

Last Updated on Sunday, 13 November 2011 18:57
 

Karnival 'Sungaiku Hidupku'

E-mail Print PDF

Pada 27 Julai 2011 (Rabu), SMK SETA akan menganjurkan sebuah Karnival 'Sungaiku Hidupku' bagi memperkenalkan anak sungai angkat seterusnya merasmikan Taman Rekreasi SETA. Aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan ialah “GREENING THE FOREST", “HEALING THE FOREST”, “GIVING LIFE TO RIVERS" dan “RIVER GIVING LIFE”. Setinggi perhargaan diucapkan kepada rakan permuafakatan yang memberi sumbangan serta kerjasama membangunkan Taman Rekreasi SETA. Marilah bersama melestarikan kehidupan yang sihat dan indah untuk generasi kita.

 

Last Updated on Thursday, 28 July 2011 15:27
 

Hari Terbuka SMK SETA

E-mail Print PDF

SMK SETA akan mengadakan Konsultasi Akademik atau Hari Terbuka bagi membincangkan pencapaian akademik pelajar dengan ibu bapa seperti berikut:

Tarikh:     30 Jun 2011 (Khamis)

Masa:       11.00 pg - 3.00 ptg

Tempat:   Kelas masing-masing bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2, serta di dewan bagi pelajar Ting 3, 4 dan 5.

Hari persekolahan pada hari tersebut adalah satu sesi, iaitu semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 dikehendaki hadir ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.  Sila rujuk surat edaran Ruj: JEB1007/100-18/7/(8) bertarikh 23 Jun 2011.

Last Updated on Tuesday, 28 June 2011 14:11
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 4

Peneraju

Pn. Sallina bt Hussain

Pautan

PPD Johor Bahru

Jabatan Pelajaran N.Johor

Kementerian Pelajaran

Kerajaan Negeri Johor

Download sukatan

Download SP dan HSP


Galeri SMKSETA

SMKSETA Gallery

e_Guru

Question Bank

ICT Online

Waktu Solat

Who's Online

We have 1 guest online

Alamat

SMK Sultanah Engku Tun Aminah